ARTIKEL

Rafflesia terbesar ditemui di Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADANG: Kumpulan pemuliharaan Indonesia menemui satu lagi spesimen terbesar yang dinobatkan sebagai salah satu bunga terbesar di dunia.

Bunga gergasi Rafflesia tuan mudae berwarna merah dengan bintik putih itu memiliki diameter 111 sentimeter, sekali gus mencatat rekod terbesar di dunia.

Sebelum ini, bunga mekar seumpama ini ditemui dengan rekod 107 sentimeter di hutan Barat Sumatera beberapa tahun yang lalu.

“Ini rekod bunga terbesar Rafflesia tuan mudae yang pernah didokumenkan,” kata Pengendali Ekosistem Hutan Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Resor Agam, Ade Putra.

Tambah Ade, bunga yang mekar itu hanya mampu bertahan seminggu sebelum ia membusuk. Bunga terbesar dunia ini dinamakan Rafflesia ketika penjajah British Sir Stamford Raffles menemui salah satu bunga itu di Indonesia pada awal abad ke-19. – AFP

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi