SETELAH tiga kali menolak tawaran bagi mengerjakan ibadah haji, akhirnya impian Raffi Ahmad mahu membawa keluarga menunaikan rukun Islam kelima itu bakal tercapai pada tahun ini.
Menurut pelakon, Raffi atau Raffi Faridz Ahmad, 37, mereka sekeluarga bakal menunaikan ‘haji furada’ iaitu menggunakan visa yang dikeluarkan oleh Arab Saudi.
“Alhamdulillah hari ini (Isnin) kami menjalani kursus ibadah haji furada. Bismillah semoga segala persiapan dan pelaksanaan haji kami dipermudah,” katanya memetik media antarabangsa.
Raffi berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.



