ARTIKEL

Rahim Razali dinobat Tokoh Seri Angkasa, bawa pulang hadiah lebih RM150,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Datuk Rahim Razali, bekas pengulas sukan dan pelakon veteran, dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) di Putrajaya.

Beliau menerima trofi dan wang tunai RM10,000, selain sebuah Proton e.MAS 7 tajaan DRB-HICOM bernilai RM150,000, wang tunai RM8,000 tajaan CIMB dan pakej percutian tajaan Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur bernilai RM1,000.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil menyampaikan anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah, Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin dan Datuk Ashwad Ismail.

Dalam kategori utama, Selampai Labung di TV1 meraih Anugerah Drama TV Terbaik berserta Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM200,000, manakala Khiu Siaw Fong memenangi Anugerah Khas Juri menerusi Kumang And The Ungrateful Python bersama sebuah Perodua QV-E bernilai RM80,000 seperti dilapor Bernama.

ASA edisi ke-37 yang bertemakan “Segalanya Bermula Di Sini” menerima 1,106 penyertaan bagi kategori televisyen, 421 bagi radio dan 74 bagi media baharu, serta dihoskan Datuk Aznil Nawawi dan Sherry Alhadad sempena ulang tahun ke-80 Jabatan Penyiaran Malaysia.

BERITA LAIN

Donnee Francis bina nama sendiri

BAKAT seni mengalir dalam keluarga, namun bagi Donnee Francis, 23, perjalanan membina identiti sendiri dalam industri muzik bermula menerusi karya terbaharunya, *Pilih Iya Tauka Aku*.

Tiger Shroff jadi sasaran tembakan

KESELAMATAN selebriti Bollywood kembali menjadi perhatian apabila pelakon Tiger Shroff dilaporkan menjadi sasaran serangan bersenjata ketika berada di dalam sebuah kereta di Mumbai, India, malam

BERITA TERBARU

Regata Sarawak richah

KUCHING: Waterfront Kuching richah enggau pengerami pemungkal Regata Sarawak enggau Festival Tebing Ai Kuching 2026, ti mandangka lumba enggau main ai, main asal nyengkaum aktiviti

Lindungi privasi digital

PADA abad ke-20, minyak dianggap aset paling berharga di dunia. Namun pada abad ke-21, gelaran itu semakin berbalik kepada sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan