ARTIKEL

Rai kepelbagaian kaum di sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARAWAK terkenal dengan perpaduan dalam kepelbagaian kaum dan agama, yang menjadikannya unik di mata rakyat negeri lain.

Disebabkan faktor kepelbagaian itu, tentunya pelbagai perayaan diraikan bersama-sama termasuk di peringkat sekolah.

Dengan itu, pihak sekolah dapat memberi pendedahan kepada pelajar dari peringkat akar umbi tentang kepelbagaian kaum serta perayaan yang disambut di Sarawak.

Antara sekolah yang turut mengadakan sambutan Tahun Baharu Cina di Mukah adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers.

Menurut pengetuanya Donny Dahlan, sambutan Tahun Baharu Cina kali ini dilaksanakan di bawah Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP).

“Program seperti ini penting kerana pembelajaran tidak semestinya diadakan di dalam bilik darjah. Ia juga tetap bermakna sekiranya dianjurkan di luar bilik darjah. 

“Aktiviti sambutan Tahun Baharu Cina yang diadakan kali ini adalah salah satu aktiviti yang menekankan pentingnya memeriahkan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Menurutnya, dengan adanya pelaksanaan aktiviti seperti itu, mereka (pelajar) dapat meraikan perbezaan yang ada bermula di peringkat sekolah lagi.

Baca lain  Rapat jurang pendidikan Luar Bandar

“Perkara paling penting ialah meraikan perbezaan yang wujud antara kaum, agama dan etnik.

“Kita perlu bersama-sama meraikan setiap perayaan yang ada di negeri ini, seterusnya memeriahkannya dengan satu semangat yang sama.

“Pihak sekolah memilih warna merah iaitu semua pelajar, guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) menggunakan pakaian bebas berwarna merah.

Warna tersebut menggambarkan semangat perpaduan yang jitu dalam kalangan warga SMK Three Rivers,” jelasnya.

Dedahnya, apabila melihat program ini mendapat sambutan positif daripada semua warga sekolah, pihaknya merancang untuk melaksanakan aktiviti serupa pada perayaan akan datang.

“Kami boleh mengadakan sambutan perayaan lain seperti Gawai, Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya kerana ia mewakili sebahagian daripada enrolmen pelajar.

“Saya yakin pelajar di sini tidak sabar untuk melihat sambutan perayaan lain yang diadakan kerana ia turut memberi pendedahan kepada mereka tentang budaya kaum lain,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak sekolah memperkenalkan elemen kepelbagaian makanan mengikut etnik yang jarang dijumpai oleh pelajar.

Justeru, ia dapat menjadi satu pembelajaran luar bilik darjah yang bermakna bagi mereka untuk mengenali kaum lain di negeri ini.

Baca lain  Burung artik skua si lanun terbang

“Saya berharap pelajar di sini dapat mengekalkan perpaduan yang ada dan mereka terus maju dalam semua bidang,” tambahnya.

SMK Three Rivers antara sekolah tertua di Mukah yang diasaskan pada 1961 oleh Kolonial British dan salah sebuah sekolah terbaik serta terkenal di Sarawak.

Sejak diasaskan, sekolah ini mempunyai kepelbagaian kaum dan agama menyebabkan perpaduan di sini cukup erat antara satu sama lain. 

BERITA LAIN

Pengurusan rekod sistematik, efisien

SESI kunjungan hormat Ikmas ke Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak diketuai Timbalan Pengarah Ikmas, Abd Malek Ghazali dan disambut Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Sarawak

Lawatan ke CENTEXS

SERAMAI 106 pelajar semester dua Diploma Dakwah Islamiyah mengikuti lawatan ke Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) diiringi enam pegawai Ikmas. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan

Kuih bongkol juadah istimewa Sarawak

KUIH bongkol tidak asing lagi bagi masyarakat Sarawak lebih-lebih lagi pada Ramadan lalu. Malah, kuih ini pasti menjadi salah satu hidangan wajib dijual oleh peniaga

Bertuntung gaya moden

TRADISI “bertuntung” dilihat semakin moden dengan gabungan lampu LED atau lampu liplap sebagai penyeri rumah pada 10 malam terakhir Ramadan sehingga Syawal di Sarawak. Tradisi

Bentuk peribadi anak

MEMILIKI cahaya mata menjadi impian setiap pasangan berkahwin. Namun, memiliki anak bukanlah perkara mudah kerana ia merupakan tanggungjawab besar dan salah satunya ialah mendidik mereka.

BERITA TERBARU

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu