KUCHING: Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, Nestle Malaysia tampil memperkenalkan KitKat Golden Dragon, pemanis mulut menarik untuk dinikmati seisi keluarga pada perayaan tersebut.
Reka bentuk unik edisi terhad coklat itu diinspirasikan daripada sisik naga bagi memperingati Tahun Naga pada kali ini. Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Nestlé, Carlota Casella berkata KitKat Golden Dragon dihasilkan bukan sekadar snek coklat.
“Pengenalan ini menandakan satu peristiwa penting buat Nestlé, berikutan Malaysia merupakan negara pasaran pertama di dunia yang melancarkan coklat edisi baharu tersebut.
“Kami sangat teruja untuk mempersembahkan kepada rakyat Malaysia dengan pengalaman snek yang tiada tandingannya, selari dengan slogan ikonik KitKat, ‘Have a break, Have a KitKat‘.
“Malah, kami mahukan orang ramai mencipta detik penuh kasih sayang, kebersamaan bersama-sama rakan dan keluarga ketika musim cuti,” katanya dalam satu kenyataan sempena majlis pelancaran KitKat Golden Dragon di Sunway Velocity, Kuala Lumpur baru-baru ini.
KitKat dikeluarkan di Chembong, Negeri Sembilan, di sebuah kilang yang berfungsi sebagai hab pengeluaran untuk semua pasaran ASEAN. Menariknya, produk baharu itu dihasilkan menggunakan teknologi ‘farbling‘, bagi mencipta corak mahkluk mitos tersebut pada permukaan coklat.
KitKat Golden Dragon dihidupkan menerusi gabungan warna semula jadi dan terang dalam rona kuning keemasan serta merah.
Tampil dengan perisa Zesty Orange, setiap gigitan coklat rangup ini menjanjikan rasa hebat oren yang menyegarkan serta kemanisan coklat susu berkrim.
Rangkaian koleksi KitKat Golden Dragon itu turut menampilkan pek empat jejari wafer coklat, serta KitKat Golden Dragon Sharebag yang mengandungi lapan pek bagi dua jejari wafer coklat
. Sementara KitKat Dragon CNY Gifting Metal Tin mengandungi empat pek bagi empat jejari Golden Dragon, empat pek dua jejari coklat susu KitKat, serta enam keping sampul Angpau.
Turut ditampilkan pada koleksi termasuk Pek KitKat Cele-break, yang mengandungi sembilan jenis wafer coklat KitKat pelbagai edisi.
Selain itu, orang ramai turut berpeluang untuk menyertai peraduan KitKat LÓNGevity, yang berlangsung sehingga 20 Februari ini.
Dengan pembelian minimum coklat KitKat bernilai RM10 atau aiskrim KitKat, setiap peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM318,888 yang tertakluk pada terma dan syarat.



