ARTIKEL

BUAH TERBAIK… Longgokan durian yang dijual penjaja di tebingan Sungai Sarikei.

Raja buah kembali, tebingan Sarikei kembali meriah dengan musim buah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Musim buah-buahan kembali menyerikan tebingan Sungai Sarikei apabila raja buah bersama pelbagai hasil dusun tempatan membanjiri kawasan berkenaan, sekali gus menjadi sumber rezeki utama kepada petani dan peniaga kecil.

Seawal jam 8 pagi, deretan gerai di sepanjang tebingan mula dipenuhi pelbagai pilihan buah segar termasuk durian, dabai, langsat, cempedak dan lain-lain.

Kemeriahan semakin ketara menjelang petang apabila orang ramai dari dalam dan luar daerah, termasuk pengunjung dari seluruh Sarawak, menjadikan lokasi itu sebagai destinasi persinggahan utama.

Seorang pengunjung, Bujang Ali, 50, berkata beliau sanggup datang ke Sarikei bersama keluarga semata-mata untuk menikmati buah-buahan tempatan pada harga lebih murah berbanding di tempat lain.

Namun, beliau mengakui lambakan buah-buahan di kawasan itu menyukarkan dirinya membuat pilihan kerana semuanya kelihatan segar dan berkualiti.

“Semuanya bagus, terutamanya sedikit dabai dan langsat. Saiznya sederhana tetapi isinya lemak manis, memang padu,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Sementara itu, peniaga Mutalib Sirat, 45, berkata permintaan pelanggan yang meningkat memaksa peniaga mendapatkan bekalan mencukupi daripada pembekal bagi memenuhi keperluan harian.

Menurutnya, harga durian, dabai dan buah-buahan lain boleh menjadi lebih mahal di luar musim kerana bekalan terhad di pasaran, namun masih dalam kategori mampu beli.

“Ketika musim, buah sangat mudah diperoleh dan harganya jauh lebih murah, bergantung kepada gred masing-masing,” jelasnya.

Bagi seorang pekebun durian, Francis Liong, 34, musim ini turut membawa rezeki lumayan apabila ramai pemborong sanggup datang ke kebunnya untuk mendapatkan bekalan terus dari ladang.

Beliau berkata, kedudukan kebunnya yang hanya kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar memudahkan pembeli mendapatkan buah segar tanpa melalui perantara.

“Sebatang pokok durian mampu mengeluarkan hampir 300 biji setiap musim, namun jumlahnya bergantung kepada tempoh matang dan tahap kesuburannya. Pokok biasanya hidup subur di kawasan berbukit yang bebas banjir serta air masin,” katanya.

Francis berharap musim kali ini terus memberi limpahan rezeki kepada petani dan peniaga kecil selain menarik lebih ramai pengunjung ke Sarikei yang terkenal sebagai lubuk buah-buahan tempatan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha