ARTIKEL

Raja dadah El Chapo dipenjara seumur hidup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW YORK: Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat (AS) di Brooklyn pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas raja dadah Mexico,  atas pelbagai kesalahan berkaitan jenayah dadah selama hampir tiga dekad.

Guzman, 62, bekas ketua kartel dadah Sinoloa di Mexico disabitkan bersalah menyeludup ratusan tan kokain, heroin, methamphetamine dan ganja ke AS termasuk pengubahan wang haram serta kesalahan berkaitan senjata api.

Hakim Brian Cogan yang menjatuhkan hukuman itu turut mengarahkan bekas ketua kartel dadah Sinaloa itu membayar AS$12.6 bilion (RM51.8 bilion).

Guzman meloloskan diri buat kali pertama dari penjara berkawalan maksimum di Mexico pada 2011 selepas merasuah pegawai penjara dan sekali lagi pada 2016. Guzman akhirnya diekstradisi ke AS pada Januari 2017.

Guzman terkenal sebagai pengedar dadah pada 1980-an dengan mengorek terowong bawah tanah di sempadan AS-Mexico yang membolehkannya mengedar bahan berkenaan lebih pantas berbanding saingannya.

Pendakwa AS mendakwa Guzman menjual dadah bernilai lebih AS$12 bilion (RM49 bilion) malah majalah Forbes pernah menyenaraikannya antara lelaki terkaya dunia.  – AFP

Isteri raja dadah, Emma Coronel meninggalkan mahkamah setelah keputusan penjara seumur hidup ke atas suaminya

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU