ARTIKEL

Raja Muda Perlis meriahkan hari pertama RWMF Ke-28

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil tidak ketinggalan hadir pada hari pertama Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF) di pekarangan Kampung Budaya Sarawak, pada Jumaat.

Rombongan terbabit hadir kira-kira jam 8.40 malam dan disambut meriah oleh pihak penganjur sebelum berjalan masuk diiringi Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Salleh Sukor.

Terdahulu, Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah turut hadir di lokasi kira-kira jam 8.20 malam.

Festival edisi ke-28 itu mulai dikunjungi para pengunjung seawal jam 2 petang sebelum bahang acaranya dimulakan dengan pelaksanaan acara Miring yang dilakukan kira-kira jam 6 petang.

MERIAH… Situasi penonton yang menyaksikan RWMF di hadapan pentas utama. GAMBAR: GHAZALI BUJANG

Kumpulan etnik peribumi Siberia, Otyken, antara yang menjadi tumpuan sepanjang penganjuran hari pertama RWMF.

Selain itu, turut menjadi perhatian persembahan oleh kumpulan The Paradise Bangkok Molam International Band dari Thailand.

Kumpulan yang menampilkan gabungan gamelan Indonesia dan Perancis, Gaga Gundul, turut menghiburkan ribuan penonton yang hadir pada malam pertama festival tersebut.

Malam pertama diakhiri dengan persembahan kumpulan tempatan, Meruked, sekitar jam 10.55 malam.

TURUT SERTA… Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli bersama para penonton menyaksikan Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF) Edisi Ke-28. GAMBAR: GHAZALI BUJANG

    BERTENAGA… Kumpulan Otyken jadi tumpuan. GAMBAR: GHAZALI BUJANG

    BERITA LAIN

    Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

    KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

    Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

    KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

    BERITA TERBARU

    KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

    KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha