ARTIKEL

Raja Puan Muda Perak berkenan melawat Muzium Budaya Borneo Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan melawat Muzium Budaya Borneo di sini hari ini.

Memetik laporan Unit Komunikasi Awam (UKAS), keberangkatan tiba Raja Puan Muda Perak disambut Pengarah Jabatan Muzium Sarawak Nancy Jolhi pada jam 10.07 pagi.

LAWATAN… Raja Puan Muda Perak berkenan melawat Muzium Budaya Borneo di sini semalam. Photo JAPEN.

“Turut mengiringi Nancy adalah Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sarawak Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud.

“Raja Puan Muda Perak menghabiskan masa selama satu jam lebih bagi menghayati pameran di muzium tersebut,” kata laporan tersebut.

CENDERAHATI…Nancy menyerahkan cenderahati kepada Raja Puan Muda Perak. Photo: JAPEN

Sementara itu, Raja Puan Muda Perak turut menerima cenderahati untuk dibawa balik ke Perak.

Manakala pada sebelah malamnya baginda dijadualkan menyempurnakan Majlis Pembukaan Perhimpunan Persatuan Kebangsaan di Hotel Waterfront Kuching di sini.

BERITA LAIN

Majlis perundingan dicadang pacu pembangunan SDZ

KUCHING: Penubuhan Majlis Perundingan Pembangunan Zon Ekonomi Khas Sibu (SDZ) dicadangkan bagi menyelaraskan keutamaan pembangunan dan memastikan pelaksanaannya memenuhi keperluan rakyat, selain menggalakkan penyertaan pelbagai

BERITA TERBARU