ARTIKEL

Fatimah Abdullah ketika bercakap kepada media di Sarikei, Selasa.

Rakyat Malaysia di Asia Barat Digesa Daftar Segera Dengan Kedutaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Rakyat Malaysia yang berada di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi, diminta segera mendaftarkan diri dengan kedutaan Malaysia sebagai langkah utama memastikan keselamatan mereka terjamin.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata tindakan itu penting bagi memudahkan kerajaan menjejaki lokasi rakyat negara ini sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Menurut beliau, kedutaan Malaysia sentiasa mengeluarkan peringatan serta nasihat keselamatan dari semasa ke semasa bagi memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Katanya, maklumat pendaftaran akan membantu pihak kedutaan menghubungi mereka dengan pantas jika berlaku insiden tidak diingini.

Beliau turut menasihati rakyat Malaysia di beberapa negara Asia Barat termasuk Abu Dhabi, Dubai dan Doha supaya sentiasa berwaspada serta mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan dan kedutaan Malaysia.

“Kedutaan kita sentiasa berhubung rapat dengan kerajaan di Malaysia bagi memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara,” katanya selepas menghadiri Program Sejambak Kasih Aidilfitri di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, usaha sedang digerakkan bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas, termasuk menyediakan penempatan sementara di hotel sementara menunggu penerbangan pulang.

Sementara itu, Wisma Putra memberi jaminan keselamatan lebih 29,000 rakyat Malaysia di Asia Barat yang terkesan akibat ketegangan susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan komited memastikan keselamatan dan kebajikan mereka terus terpelihara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU