ARTIKEL

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Rusdi Mohd Isa | Bernama

Rakyat Malaysia ditahan di Pakistan sudah bebas, pulang ke tanah air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Pakistan dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di Islamabad baru-baru ini, telah dibebaskan dan selamat pulang ke tanah air.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa berkata JSJK akan merakam keterangan lelaki berusia 32 tahun itu bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

Beliau juga mengesahkan lelaki tersebut merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang ditahan dalam operasi khas itu.

“Dia telah dibebaskan dan sudah balik ke Malaysia,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail memaklumkan sepasukan pegawai telah dihantar ke Pakistan bagi membantu siasatan berhubung penahanan rakyat Malaysia yang disyaki terbabit dalam serbuan ke atas pusat panggilan penipuan di negara  itu. 

Lelaki berkenaan antara 258 warga asing yang ditahan pihak berkuasa Pakistan semasa serbuan tersebut. — Bernama

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi