ARTIKEL

Kredit: Unit Konsular, Kedutaan Besar Malaysia di Thailand

Rakyat Malaysia Meninggal Dunia Ketika Transit Di Bangkok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hokkaido, Jepun, meninggal dunia ketika transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi pada Isnin lepas.

Menurut Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok, lelaki berusia 53 tahun dari Kedah itu disahkan meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada 10 Ogos pukul 12.26 tengah malam.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah berkata mangsa mengalami serangan jantung ketika transit di Bangkok.

“Mangsa telah dibawa ke hospital di Bangkok sebelum sijil kematian dikeluarkan, yang mengesahkan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung.

“Mayat mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga yang turut menaiki penerbangan sama,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Wan Zaidi menjelaskan bahawa bedah siasat tidak diwajibkan di Thailand sekiranya ahli keluarga mangsa meminta supaya prosedur itu tidak dijalankan.

Beliau berkata semua proses dokumentasi telah selesai pada petang semalam dengan bantuan pihak kedutaan sebelum jenazah dibawa pulang melalui jalan darat ke Bukit Kayu Hitam.

Wan Zaidi berkata jenazah tiba di Malaysia kira-kira 10 pagi tadi (Rabu). – BERNAMA

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU