ARTIKEL

Yakub (kiri) dan Royston (dua kanan) merakam kenangan bersama tetamu lain di Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Balingian.

Rakyat Mukah tidak ketinggalan raikan hari raya, erat silaturahim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Hari Raya Aidilfitri adalah waktu yang tepat untuk kunjung-mengunjung dan bermaaf-maafan bersama keluarga serta rakan taulan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata ini dimeriahkan lagi dengan penganjuran majlis rumah terbuka sempena perayaan ini.

Yakub (lima kanan) bersama tetamu yang memeriahkan rumah terbukanya.

“Rumah terbuka merupakan peluang terbaik bagi masyarakat untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara satu sama lain.

“Di samping itu, keharmonian kaum dalam masyarakat kita secara langsung akan terus kekal dengan adanya budaya seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri ADUN Balingian di kediamannya di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, ADUN Tellian, Royston Valentine turut memeriahkan rumah terbuka tersebut dan berpendapat budaya kunjung-mengunjung perlu dikekalkan hingga bila-bila.

“Tetamu yang hadir ke rumah terbuka ini terdiri daripada pelbagai latar belakang, iaitu kaum dan agama berbeza.

“Ini merupakan satu perkara yang sangat baik kerana kita dapat melihat perpaduan rakyat yang sama-sama memeriahkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri ini,” ujarnya.

Hadir sama, Residen Bahagian Mukah, Kueh Lei Poh dan Pemangku Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU