ARTIKEL

Rakyat nilai keikhlasan pemimpin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta jentera parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) di peringkat akar umbi berperanan memanjangkan informasi tentang segala inisiatif bantuan yang disediakan kerajaan untuk rakyat.

Adun Beting Maro Razaili Gapor berkata, masih ada golongan sasar yang tidak menyedari kerajaan mempunyai inisiatif bantuan untuk mereka. “Ini bermakna apa-apa yang diharapkan oleh kerajaan tidak sepenuhnya sampai ke akar umbi.

“Misalnya baru-baru ini saya meluangkan masa bersama-sama kelompok nelayan, ada segelintir mereka tidak tahu tentang inisiatif seperti bantuan input peralatan, musim tengkujuh, geran perniagaan dan sebagainya.

SYUKUR… Razaili menyampaikan sumbangan kepada Yang Dipertua PIBG SJKC Chung Hua Pusa Sahariya Tahot pada Majlis
Penyerahan Dana MRP di Dewan Rahmaniah. • Foto. OSMAN RAZALI

“Justeru, saya berharap JKKK serta jentera GPS dapat memainkan peranan masing-masing agar semua perancangan kerajaan sampai kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Dana Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada 30 wakil agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Dewan Rahmaniah baru-baru ini.

Jelasnya di bawah Kerajaan GPS, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyediakan pelbagai bentuk bantuan melalui pelbagai medium saluran.

“Contoh lain ialah Kad Emas Kenyalang (KGC) yang diberikan kepada mereka yang berusia 60 tahun ke atas. “Namun, saya difahamkan dari Beting Maro masih ramai yang belum memohon. Rebutlah peluang istimewa ini.

“Ini kerana dengan KGC warga emas diberikan diskaun atas perkhidmatan dan pembelian di vendor-vendor rakan strategik KGC. Jika pemegang KGC me-ninggal, kerajaan juga membantu RM3,000 kepada waris untuk urusan pengebumian dan sebagainya.

“Ini belum lagi tentang inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) disebabkan Covid-19. Pendek kata berderet-deret bantuan oleh Kerajaan GPS,” ujarnya.

Razaili menambah, usaha kerajaan ini membuktikan keprihatinan Abang Johari dalam menjaga kesejahteraan rakyat. Beliau berharap, rakyat melihat dan menilai sebaik-bainya keikhlasan Kerajaan GPS mengemudi Sarawak dengan semangat Utamakan Sarawak.

Menyentuh soal PRN-12, Razaili berharap akan ada mekanisme utuh untuk memastikan apaapa yang berlaku semasa PRN Sabah tidak berulang di Sarawak. Lebih RM240,000 dana MRP diagihkan kepada wakil agensi dan NGO sekitar pada majlis tersebut antaranya JKKK, JKP masjid dan surau, PIBG dan kelab agensi kerajaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU