ARTIKEL

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Rakyat perlu bersatu padu realisasikan wawasan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Rakyat Sarawak diseru untuk bersatu padu di bawah pimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam merealisasikan wawasan Sarawak sebagai negeri maju menjelang 2030.

Justeru Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, rakyat perlu menyokong serta bekerjasama dalam usaha memulakan perjalanan mencabar yang digariskan dalam Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS 2030).

“Semoga tahun baharu ini memberi kita kesihatan, kebahagiaan, perpaduan dan kemakmuran.

“Justeru, mari kita bekerjasama dalam semangat baharu untuk menjadikan Sarawak sebagai mercu tanda keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kemajuan,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu Cina 2024.

Di samping itu, Uggah turut menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua yang meraikan perayaan tersebut.

“Tahun Baharu merupakan satu harapan serta masa untuk kita menerima permulaan baharu dan meraikan masyarakat yang kaya dengan kepelbagaian budaya di Sarawak.

“Di Sarawak, kepelbagaian budaya yang kita miliki adalah kekuatan kita, walaupun perayaan ini merupakan perayaan kaum cina tetapi ia adalah perayaan untuk semua rakyat.

“Ia melambangkan nilai keharmonian, hormat-menghormati dan menggalakkan semangat kemasyarakatan kita bersama.

“Semasa kita melangkah ke tahun baharu iaitu tahun naga ini, marilah kita mengambil inspirasi daripada kekuatan, keyakinan, kecerdasan dan keabadian,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,