ARTIKEL

Abang Johari bersama-sama yang lain ketika solat berjemaah sunat tarawih di Hotel Sheraton.pics n kapsyen: MOHD ALIF NONI

Ramadan Satukan Rakan Strategik Sarawak Energy

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lebih 400 pihak berkepentingan terdiri daripada kementerian dan agensi kerajaan, rakan industri serta wakil media menghadiri Majlis Iftar Sarawak Energy dan Rakan Strategik bersama Premier di Hotel Sheraton, pada Khamis.

Acara yang diadakan bersempena Ramadan tersebut turut diserikan dengan kehadiran Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili berkata, Ramadan menjadi peringatan tentang nilai-nilai yang menjadi panduan kepada usaha Sarawak Energy dalam bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan komuniti di seluruh negeri.

“Ramadan mengingatkan kita tentang nilai perpaduan, integriti dan ihsan ketika berkumpul bersama-sama rakan dan pihak berkepentingan.

“Kami kekal komited untuk menyediakan tenaga yang boleh dipercayai dan boleh diperbaharui, sambil bekerjasama memajukan pembangunan Sarawak demi manfaat komuniti kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Perhimpunan tahunan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Sarawak Energy untuk memupuk hubungan bermakna antara rakan strategik.

Dalam pada itu, orang ramai berkesempatan untuk mengerjakan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah sebelum majlis diteruskan dengan moreh.

Hadir sama Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) merangkap Pengerusi SEB, Datuk Ibrahim Baki.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,