ARTIKEL

REZEKI RAYA...Awla Dris menyampaikan hadiah kepada salah seorang penduduk kampung pada majlis tersebut.

Ramah-Tamah Aidilfitri Zon 4 Rangawan meriah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Baki beberapa hari sebelum Syawal berakhir terus dimeriahkan dengan penganjuran majlis ramah-tamah Aidilfitri.

Perkara yang sama dilakukan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Klaso, Sadong Jaya dengan menganjurkan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Zon 4 Rangawan, semalam.

Program terbabit dianjur menerusi kerjasama Pusat Khidmat P.200 Batang Sadong dan Pusat Khidmat ADUN N.25 Simunjan dan menghimpunkan lima JKKK, 3 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) serta PBB Zon 4 Rangawan.

Dua wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee dan ADUN Simunjan, Awla Dris turut sama meluangkan masa memeriahkan majlis berkenaan.

“Ia bukan sahaja dapat berkongsi suasana lebaran dengan penduduk kampung terlibat, malah dapat menjadi landasan terbaik dalam mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara semua pihak,” ujar Awla ketika berucap pada majlis berkenaan.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola kerana berjaya menganjurkan program tersebut.

Sementara itu, Rodiyah turut berkongsi kegembiraan dalam meraikan majlis berkenaan bersama-sama penduduk kampung terbabit.

Menurut Rodiyah, penganjuran program atau majlis ramah-tamah tersebut secara tidak langsungnya dapat menghimpunkan masyarakat pelbagai peringkat umur untuk bersama-sama memeriahkan lebaran di peringkat zon berkenaan.

“Saya percaya melalui program seperti ini dapat membangkitkan kembali nostalgia semasa lebaran suatu ketika dahulu,” tegas Rodiyah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU