KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah mengumumkan rancangan pembinaan KLIA3 sebagai langkah proaktif untuk menangani peningkatan jumlah penumpang yang semakin ketara setiap tahun.
Terminal baharu ini dijangka menjadi penyelesaian jangka panjang bagi memastikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terus memenuhi keperluan perjalanan udara yang terus berkembang.
“ KLIA3 akan dilengkapi dengan teknologi terkini dan kemudahan mesra pelanggan, bertujuan untuk meningkatkan pengalaman penumpang.” menurut satu kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Aviation Career Malaysia
Dengan kemudahan yang lebih baik, projek ini diharapkan dapat menyokong pertumbuhan sektor pelancongan dan ekonomi negara, serta memperkukuh kedudukan KLIA sebagai hab penerbangan utama di rantau ini.
“Pembinaan KLIA3 mencerminkan komitmen MAHB terhadap perkembangan industri penerbangan negara, sekali gus menyediakan infrastruktur yang mampan untuk masa depan,” tambah kenytaaan itu lagi.
Inisiatif ini diharapkan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada penumpang tetapi juga kepada seluruh ekosistem penerbangan dan pelancongan di Malaysia.



