ARTIKEL

Penduduk turut membantu agensi kerajaan semasa bedah siasat bangkai ikan paus yang ditemui di Batang Lupar baru-baru ini.

Rangka tulang ikan paus ‘Baleen’ diserahkan kepada Jabatan Muzium Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BATANG LUPAR: Rangka tulang ikan paus jenis ‘Baleen’ yang terdampar di Batang Lupar baru-baru ini diserahkan kepada Jabatan Muzium Sarawak.

Penduduk turut membantu agensi kerajaan semasa bedah siasat bangkai ikan paus yang ditemui di Batang Lupar baru-baru ini.

Dalam hantaran di Facebook rasmi Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) hari ini, pihaknya telah membuat siasatan yang sangat teliti terhadap bangkai ikan paus tersebut.

“Setelah bedah siasat dijalankan, Kontroler Hidupan Liar bersetuju agar tulang paus berkenaan diserahkan oleh SFC kepada Jabatan Muzium Sarawak untuk diawet dan tindakan selanjutnya,” kata SFC, hari ini.

Kesinambungan penemuan bangkai ikan paus yang tular beberapa hari lepas, didapati paus itu berkemungkinan besar dihanyutkan oleh arus deras disebabkan oleh musim tengkujuh ketika ini.

“Hasil bedah siasat juga menemui sampah sarap seperti selipar, plastik dan sebagainya di dalam perutnya,” hantaran berkenaan menyebut.

Pihak pengurusan SFC mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Jabatan Muzium Sarawak, Pejabat Daerah, JKKK Kampung Triso, pihak kontraktor pembinaan jambatan, operator feri dan juga penduduk setempat.

Penduduk Kampung Triso dan agensi membantu dalam proses pembersihan kawasan berkenaan bagi mengelakkan bau kurang menyenangkan yang dikeluarkan oleh bangkai paus tersebut.

Semasa ditemui berhampiran jambatan Triso, bangkai ikan paus tersebut berada dalam keadaan penguraian.

Ia merupakan spesies paus ‘Baleen’ dewasa dengan ukuran panjang kira-kira 10 meter, berukur lilit sekitar 2.8 meter, dan mempunyai 50 alur tekak.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah