ARTIKEL

Milton ketika melawat Rantai di kaki lima kawasan Taman Riverview, Pending dekat sini.

Rantai tidur di kaki lima hampir sebulan akhirnya dibantu pulang ke kampung halaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki gelandangan yang dilaporkan tidur di kaki lima kawasan Taman Riverview, Pending dekat sini sejak hampir sebulan lalu telah menerima bantuan untuk pulang ke kampung halamannya di Sarikei.

Ketua Biro Pengaduan Awam Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP), Milton Foo Tiang Wee, berkata lelaki tersebut dikenali sebagai Rantai Sagai, berusia 59 tahun dan berasal dari Sarikei.

Katanya, lelaki itu sebelum ini bekerja di sebuah syarikat kimpalan di Kuching, namun kini tidak lagi mempunyai pekerjaan dan mempunyai empat anak, yang sulung berusia 30 tahun dan bongsu berumur 20 tahun.

“Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan maklumat atau nombor telefon anak-anaknya tidak berjaya kerana Rantai sudah lama terputus hubungan dan tidak lagi mengingati nombor telefon mereka.

“Melalui perbualan kami, saya dapati beliau mungkin mengalami masalah kehilangan ingatan (amnesia), namun secara fizikal Rantai masih sihat kecuali mengalami kesakitan pada kaki yang menyebabkan beliau berjalan terhincut-hincut,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Tambahnya, Rantai juga memaklumkan kadangkala mengalami sakit kepala di bahagian kiri dan menunjukkan ubat yang diperolehnya dari Klinik Kesihatan Sarikei.

“Saya telah menawarkan untuk menghantarnya ke hospital atau klinik kesihatan bagi pemeriksaan lanjut, namun dia menolak.

“Apabila ditanya bentuk bantuan yang diperlukan, beliau hanya menyatakan hasrat untuk pulang ke kampung halaman, namun tidak mempunyai wang untuk berbuat demikian,” ujarnya.

Prihatin terhadap keadaan Rantai, Milton telah membelikan tiket bas secara dalam talian dengan jadual bertolak pada jam 10 pagi esok (14 Julai).

Kapitan Chung Chong turut membantu dengan mengaturkan pengangkutan dari Taman Riverview ke Terminal Bas Kuching Sentral.

Sebelum beredar, Rantai turut diberikan mi kolok sebagai sarapan pagi, nasi ayam goreng bungkus untuk makan tengah hari, serta beberapa sumbangan lain sebagai bekalan perjalanan.

Rantai sebelum itu juga memaklumkan bahawa dia belum makan selama dua hari.

Justeru, usaha ini sekali gus membolehkan beliau pulang ke kampung halaman dengan selamat serta mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang memerlukan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,