ARTIKEL

Sekitar rakaman ketika acara raptai penuh dan persediaan untuk Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Sibu di Hotel Kingwood Sibu, petang tadi - Foto: RAMIDI SUBARI

Raptai Konvensyen PBB berjalan lancar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Bahang Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) 2023 Zon Sibu kian terasa apabila acara raptai penuh diadakan dengan jayanya di Hotel Kingwood Sibu, hari ini.

Segala persediaan untuk konvensyen yang
bakal disertai kira-kira 3,000 perwakilan daripada 23 cawangannya juga berjalan dengan baik seperti yang dirancang.

Justeru, acara raptai itu turut dihadiri
Setiausaha Agung PBB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Sibu Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bagi memastikan kelancaran majlis yang berlangsung esok hari.

Konvensyen Khas PBB 2023 bertemakan ‘PBB Teras Kestabilan, Kemajuan dan Kemakmuran Sarawak’ itu juga bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli-ahlinya mengenai dasar baharu dan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak.

Sementara, esok, konvensyen yang berlangsung selama satu hari akan dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran perwakilan.

Diikuti sesi penerangan mengenai dasar ekonomi baharu dan PCDS 2030 oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datuk Muhammad Abdullah Zaidel sekitar jam 8.15 pagi.

Kemuncak majlis adalah pada jam 12 tengah hari dengan kehadiran Premier merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sekali gus akan menyempurnakan majlis perasmian dan menyampaikan amanatnya kepada ribuan perwakilan yang hadir.

Untuk rekod, Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Sibu itu menandakan penganjuran terakhir tahun ini selepas diadakan di Zon Kuching pada 23 September; Zon Betong (8 Oktober); dan Zon Bintulu (15 Oktober).

Sekitar rakaman ketika acara raptai penuh dan persediaan untuk Konvensyen Khas PBB 2023 Zon Sibu di Hotel Kingwood Sibu, petang tadi

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha