
KUCHING: Keputusan rasmi menyaksikan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Anyi Ngau menang di Parlimen Baram.
Calon GPS itu berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) dan calon BEBAS dengan majoriti sebanyak 7,339 undi.
Bagi calon PH, Roland Engan hanya meraih 11,060 undi dan Wilfred Entika (BEBAS) hanya berjaya mendapat 324 undi.
Terdahulu, proses pengundian bagi Parlimen Baram, tertangguh dan disambung semula hari ini selepas ia ditangguhkan berikutan cuaca buruk dan banjir pada 19 November lalu.