Pada 22 Jun depan mahkamah memberi keputusan sama ada membenarkan permohonan Rosmah Mansor meneruskan cabaran undang-undang membatalkan kes rasuah dikaitkan dengan projek tenaga hibrid solar bernilai RM1.25 bilion.
Dipengerusikan Hanipah Farikullah, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan tarikh keputusan rayuan tersebut.
Isteri mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu keputusan Mahkamah Tinggi (sivil) di Kuala Lumpur pada 30 Ogos 2022 yang menolak permohonannya mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman.
Mahkamah Tinggi (jenayah) di Kuala Lumpur pada 1 September 2022, mendapati Rosmah bersalah dalam kes tersebut dan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.
Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu.






