Ratu Ibu Anggun milik Winnie Wena Dominic Lai

MUKAH: Seorang ibu, Winnie Wena Dominic Lai, 50 tahun berjaya merangkul gelaran Ratu Ibu Anggun setelah memiliki kebijaksanaan menjawab beberapa soalan yang disediakan.

Winnie yang memiliki empat anak memiliki tuah dan berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Ratu Ibu Anggun Tertutup Tellian bagi kategori umur 25 tahun dan ke atas dengan mengalahkan Sembilan lagi ibu-ibu yang turut serta dalam pertandingan Ratu Ibu Anggun Tertutup Tellian anjuran Pusat Komersial Kampung Tellian Tengah di Kampung Tellian Tengah di sini malam semalam.

Dengan mengenakan pakaian gaun berwarna hitam, Winnie layak bergelar pemenang serta berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM400.00, beserta dengan mahkota, selempang, Baucer yang bernilai RM100.00, hamper dan sijil penyertaan.

Tempat kedua dimenangi oleh peserta Lena Hassan, 43 tahun dan ketiga pula disandang oleh Mariah Abdullah ,43 tahun dengan masing-masing memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM250.00, RM100 beserta Selempang, baucer, hamper dan sijil penyertaan.

Manakala Geroldyien Ginda, 30 tahun dan Majidah Upak, 58 tahun menduduki tempat keempat dan kelima melalui senarai lima teratas.

Ratu Ibu Anggun Winnie Wena(duduk), Lena Hassan(empat kanan), 43 tahun menduduki tempat kedua, Mariah Abdullah(dua kanan) Ketiga pertandingan Ratu Ibu Anggun Tertutup Tellian sempena memeriahkan aktiviti di Pusat Komersial Kampung Tellian 2019.

Turut serta dalam pertandingan tersebut ialah Diana Peri, Stannis Marris Mandani,Maili Seri, dan Mariam Pitih yang sekadar mendapat saguhati.

Dalam pertandingan Kilauan Emas 40 tahun ke bawah Terbuka kedudukan juara dimenangi oleh Richard Thomas,27 tahun dari Kampung Tellian Daya dengan membawa lagu yang bertajuk ‘Terima Kasih’.

Melalui penyertaan pemenang juara yang pertama kali ini, beliau berjaya menyingkirkan seramai 28 lagi peserta pertandingan dengan Noraziman Naneang menduduki tempat kedua dan Aruis Dikacristian tempat ketiga.

Juara, Naib Juara dan ketiga berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM300, RM200 dan RM100 (Ketiga)

Begitu juga bagi pertandingan Kilauan Emas kategori 40 tahun ke atas dimenangi juara oleh Juki Sepiee dari Oya, tempat kedua Rosli Ali dari Kampung Sungai Pegei dan Kushairi Julaihi dari Balingian pula menduduki tempat ketiga dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300,RM200 dan RM100 daripada pihak penganjur.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Ketua Kampung Tellian Tengah, Bonaventure Juana Lupuih , Pengerusi Pengelola selaku pemilik Pusat Komersial Buk Ap’eang Kitchen Muhammad Romaino Mun Abdullah dan Pak Yuk Kedai Runcit.

Turut hadir dalam upacara penyampaian hadiah dan menyaksikan pertandingan Ratu Ibu Anggun Tertutup Tellian ialah Lau Siew Yen, Pegawai Perpaduan Jabatan Perpaduan Negara Dan integrasi Nasional Bahagian Mukah dan lebih 1,000 orang penduduk sekitar.

Juki Sapiee dari Daerah Kecil Oya menjuarai Pertandingan Kilauan Emas kategori 40 tahun ke atas terbuka.

 

:Richard Thomas (bertopi tiga kiri) menerima hadiah daripada Muhammad Romaino Mun Abdullah setelah menjuarai Kilauan Emas kategori 40 tahun ke bawah di Pusat Komersial Kampung Tellian malam semalam.