ARTIKEL

Plaintiffs and their lawyers walk along the sidewalk in front of the Tokyo District Court to appeal that they have filed a lawsuit against the government seeking damages for the government's failure to take action on climate change in Tokyo on December 18, 2025. Hundreds of people across Japan sued the central government on December 18 seeking damages for "unconstitutional" inaction on climate change, the country's first such litigation. (Photo by Kazuhiro NOGI / AFP)

Ratusan penduduk Jepun saman kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Lebih 450 penduduk dari seluruh Jepun memfailkan saman di Mahkamah Daerah Tokyo pada Khamis dengan mendakwa bahawa respons kerajaan terhadap perubahan iklim adalah tidak memadai serta menuntut pampasan sebanyak 1,000 yen (kirakira AS$6.40) bagi setiap plaintif, lapor Xinhua.

Menurut akhbar Asahi Shimbun, seramai 452 plaintif itu berhujah bahawa peningkatan haba melampau dan kekerapan bencana alam yang mengancam nyawa, kesihatan serta harta benda, sekali gus melanggar hak mereka untuk hidup dengan ketenangan serta menikmati persekitaran yang mampan.

Saman itu merujuk kepada sasaran yang ditetapkan di bawah Perjanjian Paris, yang telah diterima oleh Kerajaan Jepun, namun plaintif mendakwa pihak berkuasa gagal mengambil langkah mencukupi untuk mencapainya.

Pada musim panas ini, suhu purata di Jepun direkodkan jauh lebih tinggi berbanding rekod sebelum ini, menjadikannya musim panas paling panas sejak rekod bermula pada 1898.

Pada sidang media yang diadakan pada Khamis, seorang daripada plaintif, Profesor Madya Universiti Tokyo Kohei Saito, berkata amat menyedihkan melihat kanak-kanak tidak dapat bermain di luar rumah cuaca panas yang melampau. – Bernama

BERITA LAIN

Pawagam China bukan sekadar tempat tonton filem

BEIJING: Nilai pengeluaran keseluruhan rantaian industri perfileman China dianggarkan mencecah 480 bilion yuan (RM294 bilion) sejak awal tahun ini, sekali gus menandakan pertumbuhan yang mampan.

BERITA TERBARU