ARTIKEL

Rasmi… Pengerusi Kumpulan Raya Khas, Datuk Haji Mohd Johnny Abdullah (tengah), merasmikan simbolik pembukaan SPE Automobile.

Raya Khas komited perkasa program tanggungjawab sosial korporat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Raya Khas Sdn Bhd komited untuk memperkukuh usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi pelaksanaan program berfokuskan komuniti.

Pengarah Eksekutifnya, Yusuf Roy Fitri Md Johnny, berkata usaha tersebut membuktikan komitmen syarikat untuk berkongsi rezeki dengan komuniti, khususnya mereka yang memerlukan, melangkaui urusan perniagaan.

“Kali ini kita menjadi tuan rumah kepada penganjuran Hari Bersama Pelanggan dan untuk makluman semua, kita telah mengadakan program sama sejak tiga tahun lalu.

“Acara ini sebagai tanda terima kasih kepada semua komuniti yang sentiasa memberi sokongan, sekali gus memperkukuh usaha CSR kami melalui program berfokuskan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Raya Khas Raikan Pelanggan menerusi Hari Bersama Pelanggan di Bilik Pameran SPE Automobile, Sejingkat Industrial Estate, pada Sabtu.

Menurutnya, usaha itu merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan CSR Raya Khas sebelum ini termasuk Kempen Beras Percuma Raya Khas serta beberapa aktiviti komuniti lain sepanjang bulan Ramadan.

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan sebenar bukan sekadar menjual kereta, tetapi memberi manfaat kepada masyarakat.
Terdahulu, majlis turut meraikan SPE Automobile sebagai sebahagian daripada rangkaian rakan industri automotif di Sarawak.

Acara tersebut juga menampilkan penyampaian hadiah utama kepada pemenang bertuah Kempen Pakej Umrah Percuma Raya Khas 2025.

Jelas Yusuf, ia sebagai simbol penghargaan dan kasih sayang syarikat terhadap pelanggan yang sentiasa mempercayai dan menyokong jenama Raya Khas.

Untuk rekod, syarikat itu telah merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Cemerlang pada Anugerah Kecemerlangan Industri Sarawak (PSIEA) 2025.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha