ARTIKEL

Raya Paling Mewah! Nurul Aqilah Menang Dream Box RM200,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang wanita dari Taiping, Perak, Nurul Aqilah Radzuan diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Dream Box bernilai RM200,000 dalam kempen ‘Terrrrpaling Raya’ anjuran jenama fesyen tempatan, Bulan Bintang dengan kerjasama AFFIN Bank Berhad.

Pengumuman pemenang dibuat pada majlis penyampaian hadiah yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Berhad, Dato’ Paduka Syed Mashafuddin Syed Badarudin bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bulan Bintang, Azzim Zahid di Menara AFFIN @ TRX hari ini.

Hadiah Dream Box tersebut merupakan nilai ganjaran terbesar yang pernah ditawarkan menerusi kempen raya Bulan Bintang, sekali gus menandakan pencapaian signifikan dalam sambutan Aidilfitri jenama berkenaan tahun ini.

Melalui konsep Dream Box, pemenang berpeluang merealisasikan aspirasi peribadi berdasarkan nilai hadiah yang dimenangi selaras dengan matlamat kempen untuk meraikan detik bermakna Aidilfitri di samping menghargai impian pelanggan.

Menurut Syed Mashafuddin, kempen ‘Terrrrpaling Raya’ mencerminkan bagaimana kerjasama strategik mampu mewujudkan pengalaman yang melangkaui aspek komersial semata-mata.

“Ketika Bulan Bintang memasuki dekad kedua, kerjasama ini turut mencerminkan peranan AFFIN dalam menyokong jenama tempatan yang bersedia berkembang dengan struktur lebih kukuh, aspirasi lebih besar serta visi jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, Azzim berkata pencapaian 11 tahun dalam pasaran Malaysia merupakan satu detik penting bagi jenama berkenaan.

“Kerjasama dengan AFFIN membolehkan Bulan Bintang terus berkembang dengan sokongan rakan kewangan yang memahami keperluan perniagaan yang sedang melangkah ke fasa kematangan seterusnya,” katanya.

Kempen ‘Terrrrpaling Raya’ Powered by AFFIN turut memperkenalkan pelbagai inisiatif sepanjang musim perayaan termasuk keistimewaan runcit eksklusif kepada pemegang kad AFFIN, ganjaran Duit Raya serta hadiah Dream Box.

Kerjasama itu juga dilihat melangkaui kempen perayaan semata-mata apabila AFFIN menyediakan sokongan dari segi kemudahan perbankan dan pembiayaan bagi membantu perkembangan operasi, keperluan modal kerja serta peluasan perniagaan Bulan Bintang pada masa hadapan.

Bagi AFFIN, kolaborasi tersebut mencerminkan komitmen bank dalam memperkasa perusahaan tempatan yang berpotensi berkembang ke tahap lebih kukuh dan mampan melalui sokongan kewangan serta perkongsian strategik.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU