ARTIKEL

Leo (tiga kanan) dan Sim (tiga kiri) merakam gambar kenangan bersama-sama tetamu kehormat yang lain sekali gus memegang Prospektus Reach Ten.

Reach Ten komited perluas rangkaian gentian optik di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Syarikat perkhidmatan telekomunikasi, Reach Ten Holdings Berhad (Reach Ten), komited untuk memperluas rangkaian gentian optik di seluruh negeri ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh infrastruktur digital di Sarawak.

Leo ketika bercakap pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Prospektus Reach Ten yang disempurnakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian di Hotel Waterfront Kuching, hari ini.

Reach Ten, yang berpengkalan di Sarawak, menyasarkan untuk mengumpul RM104 juta menerusi penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Sebanyak RM60 juta atau 57.7 peratus daripada hasil Tawaran Awam Permulaan (IPO) itu akan digunakan bagi memperluaskan rangkaian gentian optik sedia ada di Kuching, serta membangunkan rangkaian baharu di Miri, Sibu dan Bintulu.

Menurut Pengarah Urusan Reach Ten, Leo Chin, pelaksanaan pelan peluasan itu dijadualkan siap dalam tempoh 36 bulan kerana peruntukan hasil IPO perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam jangka masa tersebut.

“Kami telah menghantar permohonan kebenaran bertulis (wayleave) kepada Lembaga Multimedia Sarawak (SMA). Beberapa sambungan rangkaian telah diluluskan, manakala selebihnya masih dalam proses kelulusan.

“Walaupun pelaksanaan diperuntukkan tempoh tiga tahun, kami bersedia untuk memulakan kerja seawal hari pertama. Namun, kemajuan bergantung kepada ketersediaan kontraktor dan kelulusan akhir pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran prospektus tersebut.

Reach Ten kini memiliki dan mengendalikan infrastruktur rangkaian komunikasi gentian optik di Kuching dan Samarahan, merangkumi lebih 217 kilometer saluran gentian optik dan sekitar 649 kilometer rangkaian sambungan kabel gentian optik.

“Projek ini telah dibangunkan selama kira-kira 14 tahun dan penuh cabaran, namun kini dengan adanya IPO, kami memiliki sumber yang mencukupi untuk menyelesaikannya dalam tempoh tiga tahun.

“Kami menjangkakan cabaran tetap akan timbul sepanjang pelaksanaan, tetapi dengan pengalaman lebih satu dekad, kami yakin untuk mengatasinya,” ujar Leo.

Mengenai inisiatif pembinaan 100 menara telekomunikasi 4G dan 5G di Sarawak, Leo menjelaskan bahawa pelaksanaan projek itu adalah berdasarkan permintaan. Katanya, Digital Nasional Berhad (DNB) baru-baru ini telah menjalankan ujian pertama dan Reach Ten merupakan salah satu rakan pelaksana projek.

“Kami berharap DNB akan menyediakan lebih banyak tapak kepada penyedia perkhidmatan seperti kami. Buat masa ini, U Mobile yang merupakan penyedia 5G kedua sedang dalam proses pembangunan.

“Saya melihat terdapat banyak peluang untuk kami dalam sektor 5G di Sarawak. Kami juga bersedia memberi sokongan dan terus berusaha untuk menghubungkan kawasan yang masih kurang mendapat liputan,” katanya.

Untuk rekod, Reach Ten akan memperuntukkan RM25 juta atau 24 peratus daripada hasil IPO bagi membina 100 menara telekomunikasi 4G dan 5G di Miri, Sibu dan Bintulu, sejajar dengan usaha Kerajaan Sarawak untuk meluaskan liputan dan ketersambungan internet, terutamanya di kawasan luar bandar.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha