ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Real tunggu detik juara La Liga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

REAL Madrid sudah boleh membayangkan trofi La Liga setelah meraih kemenangan ke atas Mallorca 1-0 untuk berkelebihan lapan mata di depan Barcelona menjelang aksi Clasico minggu ini.

Jaringan tunggal Aurelien Tchouameni menerusi rembatan jarak jauh pada awal babak kedua sudah cukup buat skuad bimbingan Carlo Ancelotti untuk meraih tiga mata berharga.

“Ia kemenangan penting yang meletakkan kami semakin hampir dengan gelaran,” ujar Ancelotti. Menerusi kemenangan itu membolehkan Real melebarkan rekod tanpa kalah liga kepada 25 perlawanan dan mengekalkan jurang selamat dengan Barcelona menjelang aksi Clasico di Madrid.

“Fokus kami selepas ini ialah kepada aksi Rabu ini (awal pagi Khamis). Kami perlukan rehat secukupnya,” kata Ancelotti.

Pada aksi tersebut, Ancelotti tidak menyenaraikan Vinicius Junior dan Rodrygo dalam kesebelasan utama sebagai persediaan untuk menghadapi Manchester City dalam aksi suku akhir Liga Juara-Juara di England minggu depan.

Sementara itu, Barcelona menewaskan Cadiz 1-0 hasil ledakan Joao Felix pada penghujung separuh masa pertama.

BERITA LAIN

Aidil Mahu The Cats Bangkit Di Laman Sendiri

KUCHING: Kekalahan tipis 0-1 kepada Gangwon FC di Korea Selatan tidak mematahkan keyakinan Kuching City FC untuk memburu kemenangan pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2)

BERITA TERBARU

Gagal Bayar Denda RM10,000, Dua Individu Dipenjara

BAU: Dua individu dihantar ke Penjara Puncak Borneo selepas gagal membayar denda RM10,000 setiap seorang yang dijatuhkan oleh Mahkamah Bau atas kesalahan berkaitan transaksi kewangan,