Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Redeems anjur tiga acara, sambut ulang tahun ke-25

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Nansian bersama Pengurus Budaya Redeems Candy Nyombai (kiri), Naib Presiden Redeems Stephen Ruin (kanan) dan Pengurus Acara Redeems Pilot Gadong (dua kiri) meninjau persiapan Kampung Budaya Bidayuh (BCV) di Pusat Redeems.
Nansian bersama Pengurus Budaya Redeems Candy Nyombai (kiri), Naib Presiden Redeems Stephen Ruin (kanan) dan Pengurus Acara Redeems Pilot Gadong (dua kiri) meninjau persiapan Kampung Budaya Bidayuh (BCV) di Pusat Redeems.

BAU: Persatuan Penyelidik dan Pembangunan Singai Sarawak (Redeems) akan menganjurkan acara tiga dalam satu di pusat Redeems pada 13 hingga 15 Januari ini.

Acara tersebut diadakan sempena pembukaan rasmi Kampung Budaya Bidayuh (BCV) dan Gawai Bani Redeems (upacara pemberkatan) untuk BCV serta sambutan ulang tahun ke-25 Redeems.

Presiden Redeems Datuk Peter Nansian berkata, acara tersebut akan dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 14 Januari, bertemakan ‘Raan Sua Rami’ (bersama memeriahkan suasana).

Di samping katanya, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah akan berucap pada acara tersebut, mewakili kaum Bidayuh untuk menzahirkan penghargaan kepada tetamu kehormat.

“Penganjuran acara ini juga adalah untuk memperingati kewujudan Redeems sepanjang 25 tahun dan perjalanannya dalam pembangunan komuniti.

“Malah buku sempena ulang tahun ke-25 Redeems akan dilancarkan oleh Premier Sarawak. Ia mengandungi maklumat terperinci mengenai pergerakan Redeems, projek, program dan komuniti Bisingai,” katanya pada sidang media di Pusat Redeems, di sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai BCV, Nansian berkata ia dibina pada tanah seluas tiga ekar berkonsepkan rumah panjang tradisional Bidayuh namun memmpunyai karakteristik moden untuk ketahanan dan penggunaan kontemporari bagi aktiviti kebudayaan dan pembangunan pelancongan.

Sementara Gawai Bani Redeems katanya, adalah upacara pemberkatan tradisional atau perayaan yang diadakan untuk memohon berkat bangunan baharu atau rumah iaitu untuk BCV.

Justeru beliau menyasarkan seramai 5,000 pengunjung akan hadir pada acara tiga hari tersebut.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News