ARTIKEL

“Redha, pasrah hanya itu boleh kami rasa”

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU:  Seakan baru semalam trauma kebakaran rumahnya dijilat api dalam tragedi kebakaran membabit 100 rumah di Kampung Dato pada 2013 dan semalam ia berlaku lagi.

Belum habis mimpi ngeri itu, hari ini Ariff Kadri redha dengan ketentuan-Nya kerana untuk menangis kali kedua, air matanya sudah kering.

Ariff antara 57 mangsa daripada 19 keluarga yang rumah mereka ranap dijilit api dalam kejadian di bandar baru Kampung Baru Hilir Sibu semala.

“Saya redha dengan ketentuan Allah S.W.T dengan kejadian semalam.

“Dua kali kejadian kebakaran menimpa keluarga saya.

” Saya terpaksa bermula dari mula untu kehidupan baharu saya. Saya tak tahu nak kata apa, kerana rasa trauma,” jelasnya.

Ceritanya, tragedi kebakaran pada 2013 lalu, keluarganya memulakan kehidupan baharu di Jalan Isau di sini, dan tak sangka, tragedi ini berulang dua kali.

“Saya mengambil masa selama dua ke tiga tahun nak hilangkan trauma.

“Saya redha apa yang berlaku asalkan tidak ada apa-apa yang berlaku kepada keluarga dan jiran saya,” katanya.

Seorang lagi mangsa kebakaran Hatta Raduan, berkata, dia tidak boleh berkata apa-apa kerana pasrah dengan apa berlaku.

” Ini semua ketentuan Allah dan mungkin ada hikmah pada kami,” jelasnya.

Semalam, tujuh rumah di Jalan Isau , Kampung Baru Sibu musnah dijilat api .

Kebakaran yang berlaku kira-kira pada jam 12.10 tengah hari telah menyebabkan sembilan keluarga dan 57 mangsa keseluruhan kehilangan tempat tinggal.

Pusat Penempatan Sementara mereka di Surau Darul Maawa , Kampung Baru.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian sempat melawat mangsa kebakaran yang turut memberikan sumbangan ikhlas kepada mereka semalam.

 

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah