ARTIKEL

Orang ramai dijemput memeriahkan Regata Baram di Marudi dan Regata Manggut di Spaoh yang berlangsung pada hujung minggu ini.

Regata Baram, Regata Manggut berlangsung minggu ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua regata tradisi yang menjadi kebanggaan Sarawak, Regata Baram 2026 dan Regata Manggut 2026, bakal berlangsung pada hujung minggu ini.

Regata Manggut akan berlangsung di Spaoh, Betong dari 24 hingga 26 Julai, manakala Regata Baram di Marudi, diadakan pada 25 hingga 26 Julai, dengan menghimpunkan pendayung terbaik dari seluruh Sarawak.

Menurut hantaran di Facebook Regatta Sarawak Bumi Kenyalang, orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan kedua-dua regata tersebut.

Kedua-dua kejohanan yang dianjurkan sempena pesta regata tempatan itu dijangka menarik penyertaan pasukan pendayung dari pelbagai bahagian di Sarawak, sekali gus meneruskan tradisi sukan air yang menjadi warisan masyarakat negeri ini.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah