ARTIKEL

Fadillah (empat, kanan) bersama kenamaan lain bergambar kenangan bersama tiga pemenang terbaik kategori ‘Raja Sungai Antarabangsa’ pada Regatta Sejijak 2026 selepas majlis penyampaian hadiah. Foto | RAMIDI SUBARI

Regata cerminan semangat kerjasama komuniti – Fadillah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Regata Sejijak bukan sekadar acara sukan tahunan, malah berpotensi menjadi pemangkin perpaduan masyarakat, pembangunan ekonomi setempat dan persediaan komuniti menghadapi cabaran masa depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Beliau berkata, penganjuran regata itu mencerminkan semangat kerjasama masyarakat, khususnya penduduk Kampung Sejijak, Kampung Baru dan kawasan sekitarnya, selain mengukuhkan silaturahim serta semangat kerja berpasukan dalam komuniti.

Menurutnya, regata juga perlu dilihat sebagai produk pelancongan yang mampu menjana pendapatan kepada penduduk setempat melalui pelbagai aktiviti ekonomi sepanjang penganjurannya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguhan Regata Sejijak 2026 di Jeti Utama Kampung Sejijak, di sini, hari ini, sambil merakamkan penghargaan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), jawatankuasa penganjur serta semua pihak yang menjayakan acara berkenaan.

Fadillah berkata, kepimpinan masyarakat perlu memainkan peranan mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan, di samping memastikan setiap bantuan kerajaan disalurkan secara berkesan kepada mereka yang layak.

Pada masa sama, beliau menegaskan generasi muda perlu diperlengkap dengan pendidikan dan kemahiran yang relevan agar mampu merebut peluang yang diwujudkan menerusi pembangunan Sarawak serta bersedia menghadapi perubahan teknologi pada masa hadapan.

Beliau berkata, kerajaan akan terus menyokong pembangunan kawasan berkenaan menerusi kerjasama semua pihak bagi memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah