ARTIKEL

DOUGLAS Uggah menyampaikan hadiah kepada wakil pasukan Landas Azam Kasihnya Warisan semasa Majlis Penangguhan Pesta Saratok Edisi 2025 di Pentas Utama Sri Kalaka di tebingan Sungai Krian, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

Regata Saratok kekal identiti pelancongan sejak 1965

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Sukan lumba perahu di Daerah Saratok merupakan aktiviti pelancongan tahunan yang popular.

“Regata merupakan salah satu identiti Daerah Saratok yang telah wujud sejak 1965.

“Maka, kita menyokong penuh penganjurannya yang mempunyai matlamat penting kepada masyarakat secara keseluruhan.

“Kita meraikan warga Saratok dengan menyajikan pelbagai program serta persembahan menarik sepanjang pesta dijalankan.

“Saya harus mengakui ini menjadikan Saratok sebagai salah sebuah daerah yang popular untuk dikunjungi pengunjung, sama ada dari dalam atau luar daerah Saratok,” ujarnya.

Katanya lagi, pesta seperti ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menjana pendapatan dengan memperkenal serta mempromosi produk tempatan yang terdapat di daerah ini.

Menambah lanjut, menghimpunkan rakyat pelbagai peringkat dan kaum akan meningkatkan keharmonian rakyat setempat melalui pelbagai aktiviti sosial dan Regata Kalaka yang merupakan kemuncak Pesta Saratok Edisi 2025.


Uggah dalam pada itu menyampaikan hadiah kepada pemenang acara akhir Bidar 25 yang dimenangi oleh pasukan Landas Azam Kasihnya Warisan.

Terdahulu diadakan juga kayuhan akhir Bidar 20 yang turut dimenangi Landas Azam Kasihnya Warisan.

Sementara itu, acara akhir Bidar 10 dimenangi pasukan Waris Temudok Baru.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli; Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri; ADUN Krian, Friday Belik; ADUN Beting Maro, Razaili Gapor; Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Datuk Abdul Wahab Aziz; Residen Bahagian Betong, Richard Michael Abunawas dan Pegawai Daerah Saratok, Muhammad Dino Amid merangkap Pengerusi Penganjur Pesta Saratok Edisi 2025 turut hadir sama.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah