ARTIKEL

SIMBOLIK… Abang Johari menitik mata naga sebagai simbolik perasmian Regata Sarawak- Festival Tebingan Kuching 2023 sambil disaksikan barisan kenamaan lain. PHOTO MOHD ALIFF

Regata Sarawak meriah, bermula saingan Perahu Naga Antarabangsa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penganjuran Regata Sarawak 2023 hari ini berlangsung dengan begitu meriah dengan sambutan luar biasa daripada ribuan penonton dari dalam dan luar Sarawak.

Menariknya, tinjauan Suara Sarawak mendapati pengunjung di Tebingan Sungai Kuching tidak menghiraukan cuaca panas apabila memenuhi setiap sudut ruang festival bagi menyaksikan sendiri sukan air tertua di dunia bagi mendapatkan gambaran dekat perlumbaan tersebut.

Dalam pada itu, Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini telah menyempurnakan majlis perasmian dengan melakukan simbolik ‘titik mata’ bagi menandakan permulaan perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sarawak, tahun ini.

Upacara tradisional Cina ini melambangkan kebangkitan naga dan ia bertujuan membersih serta memberkati pengayuh dan perahu mereka.

Untuk tahun ini, Regata Sarawak dianjurkan serentak dengan Festival Tebingan Kuching selama 10 hari, bermula 27 Oktober hingga 5 November dengan acara perlumbaan perahu regata iaitu Perahu Naga Antarabangsa Sarawak berlangsung pada 27 hingga 29 Oktober, manakala Perahu Regata Sarawak pada 3 hingga 5 November.

Untuk rekod, perlumbaan perahu naga tahun ini menyediakan sebanyak tujuh kategori pertandingan melibatkan lebih 1,700 peserta daripada 60 pasukan dari 20 negara.

Acara yang telah memasuki edisi kesembilan ini menjanjikan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 termasuk piala.

Selain itu, perebutan bagi Piala Raja Sungai pada kemuncak festival yang berlangsung pada minggu hadapan akan melibatkan 14 kategori yang menggunakan perahu balok, perahu bidar dan perahu kenyalang, di samping dua kategori baharu iaitu perahu kenyalang 20 pekayuh lelaki (perhotelan) dan perahu kenyalang 20 pekayuh lelaki VIP (kementerian/agensi).

Pemenang Raja Sungai akan membawa pulang piala dan wang tunai berjumlah RM30,000.

Tahun lalu, Puteri Dang Balai Yayasan Sarawak 5 dinobatkan sebagai ‘Raja Sungai’ Regata Sarawak 2022 selepas berdepan saingan sengit dengan Pasukan Pantai Damai GP Binladen.

PERAHU NAGA… Abang Johari menyaksikan perlepasan pengkayuh-pengkayuh perahu naga antarabangsa 2023. PHOTO MOHD ALIF

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha