ARTIKEL

Aksi cemerlang Muhammad Hamdany Abdul Hamid dan Jeff Qi Rui Tan.

Regu lelaki e-Sukan terlepas emas sulung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketinggalan 14 saat di belakang regu Perak dalam acara perlumbaan e-Sukan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini, regu lelaki Sarawak terpaksa akur terlepas pingat emas sulung sukan elektronik tersebut.

Bagaimanapun, perolehan pingat perak pertama dalam acara e-Sukan itu tetap pencapaian yang membanggakan bagi pasukan Sarawak dalam persaingan dengan barisan pemain profesional.

Muhammad Hamdany Abdul Hamid dan Jeff Qi Rui Tan.

Kemenangan regu tuan rumah yang dibarisi Muhammad Hamdany Abdul Hamid, 21, dan Jeff Qi Rui Tan, 14, itu sekali gus menandakan tamatnya saingan dalam acara perlumbaan e-Sukan.

Pingat emas pula dimenangi regu Perak, Abdul Yazid Imran Abdul Razak dan Muhammad Hasif Zainal Abidin, manakala pingat gangsa dibawa pulan regu Melaka, Aisy Amani Zikry Azmi dan Muhammad Hakim Suhaimi.

Menurut Hamdany, beliau tetap bersyukur dengan keputusan tersebut walaupun sedikit kecewa atas kesilapan kecil yang dilakukan.

“Kami mempunyai rentak untuk menang dan memungut pingat emas tetapi disebabkan masalah ketika hentian pit, peluang tersebut terlepas kerana pasukan Perak melakukan pertukaran lebih pantas di hentian tersebut,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak di Universiti Teknologi Swinburne di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamdany yang turut berentap membawa pulang pingat emas dalam acara perlumbaan individu lelaki e-Sukan semalam berkata akan terus berusaha meningkatkan prestasinya untuk kejohanan lain selepas ini.

Dalam persaingan yang berlangsung selama 1 jam 30 minit dengan 45 pusingan di Litar Antarabangsa Sepang, Hamdany yang memulakan perlumbaan beraksi cemerlang mendahului saingan sebanyak 12 pusingan selepas berjaya memintas pemain Perak.

Namun pasukan Perak mengambil kesempatan memintas ketika regu Sarawak melakukan pertukaran di hentian pit pada pusingan ke-34 dan kembali mendahului perlumbaan.

Berbaki 22 minit, Sarawak berusaha untuk merapatkan jurang jarak dengan Perak dan konsisten kekal di kedudukan kedua, ketinggalan 15 saat.

Sementara itu, majlis penyampaian pingat untuk semua acara e-Sukan akan diadakan pada hari Sabtu ini.

E-Sukan yang pertama kali dipertandingkan dalam temasya SUKMA menawarkan sebanyak tujuh pingat emas daripada Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) berpasukan, PUBG Mobile berpasukan, e-Football 2024 individu, Tekken 8 individu dan Perlumbaan individu serta beregu.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha