ARTIKEL

Rela barisan hadapan jaga kampung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pasukan Rela merupakan salah satu barisan hadapan yang membantu pencegahan penularan Covid-19.

Adun Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni berkata, peranan yang dimainkan Rela cukup besar khususnya dalam menjaga dan mengawal keselamatan kampung termasuk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

“Pasukan Rela sentiasa memastikan keselamatan kampung sentiasa terjamin daripada perkara yang tidak diingini seperti kecurian, pergaduhan, pengedaran dadah, penyeludupan pendatang asing tanpa izin (Pati) dan sebagainya.

“Mereka melakukan rondaan secara bergilir-gilir setiap malam.

Semasa PKP, PKPB dan PKPP, Rela telah bekerjasama dengan PDRM bagi menjaga keselamatan kampung dengan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan Covid-19,” katanya pada Penyerahan Sumbangan Dana Tahunan kepada Platoon Rela Muara Tebas, semalam.

Sementara itu, Ketua Platoon Rela Muara Tebas, Joli Kadir menzahirkan terima kasih kepada Dr Hazland atas sumbangan dana bagi memastikan aktiviti rondaan Rela diteruskan dalam tempoh PKPP.

“Beliau bukan sahaja memberi semangat kepada ahli-ahli Rela Kampung Muara Tebas, tetapi juga membantu dari segi kewangan untuk memastikan Pasukan Rela Muara Tebas bergerak dan mengawal selia keselamatan di sekitar Kampung Muara Tebas agar selamat dan sukses diduduki,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha