ARTIKEL

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun, yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari sehingga esok. --fotoBERNAMA (2024) HAK CIPTA TERPELIHARA

Remaja ceroboh, menyamar petugas hospital direman dua hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Seorang remaja perempuan yang ditahan semalam kerana disyaki menceroboh dan menyamar sebagai petugas hospital di Serdang, direman selama dua hari sehingga esok.

Perintah reman ke atas remaja berusia 14 tahun itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan, hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 448 dan 170 Kanun Keseksaan, iaitu menceroboh dan menyamar sebagai penjawat awam.

Terdahulu, remaja itu tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi dengan pakaian lokap berwarna oren, diiring polis.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata remaja warga tempatan itu ditahan pada 9 pagi semalam di lobi Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang, dekat sini.

Beliau berkata polis turut merampas baju, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital. – BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha