ARTIKEL

Remaja ditahan disyaki rogol gadis baru dikenali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang remaja lelaki ditahan kerana disyaki merogol gadis bawah umur dalam pertemuan pertama mereka setelah baru berkenalan.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata suspek berusia 18 tahun itu ditangkap di tepi Jalan Lapangan Terbang Lama kira-kira jam 8.10 malam tadi.

“Ketika disoal siasat, suspek tidak mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa.

“Suspek mula mengenali mangsa pada 15 Mei lalu dan hanya menggangap mangsa sebagai kawan biasa sahaja,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan dan akan direman hari ini.

Menjelas lanjut, Aidil berkata tangkapan suspek dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh bapa mangsa semalam, selepas anaknya yang berusia 13 tahun mengatakan telah dirogol oleh suspek di perumahan Mindef, Batu 6 pada 15 Mei lalu.

“Semasa itu, mangsa telah dipaksa oleh suspek untuk membuka baju dan seluar.

“Mangsa berkenalan dengan suspek melalui Whatsapp dan hanya sekali sahaja keluar dengan suspek iaitu pada 15 Mei lalu,” katanya.

Aidil berkata hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat koyakan lama pada hymen mangsa.

Beliau berkata kes kini masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu