ARTIKEL

Bomba membawa mayat mangsa yang tiba di jeti

Remaja hilang di Sungai Katibas ditemui meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SONG: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai Katibas, Song sejak Isnin lalu (2 Jun), akhirnya ditemui meninggal dunia pagi ini.

Mangsa ditemui pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sekitar jam 10.44 pagi di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari Rumah Panjang Robert Nanga Bajor, lokasi terakhir dia dilihat.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga pagi ini diteruskan dengan pasukan Unit K9 serta penduduk rumah panjang melakukan pencarian menggunakan kaedah penyelamatan permukaan air menyusuri sepanjang lima kilometer tebing sungai ke hilir.

“Mangsa dilaporkan hilang pada petang Isnin lalu ketika mandi bersama abang dan tiga rakan lain.
“Dia dilihat kali terakhir memakai baju belang berwarna hitam, merah dan biru serta seluar panjang berwarna hitam,” ujar kenyataan.

Kenyataan memaklumkan mayat mangsa dibawa ke jeti oleh pihak polis pada jam 10.54 pagi sebelum diserahkan untuk tindakan lanjut, dan Operasi SAR kemudiannya ditamatkan secara rasmi pada jam 11.30 pagi.

Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song diketuai PB Jackson John digerakkan ke lokasi sejauh 23 kilometer dari balai.

Operasi turut melibatkan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM, Unit K9, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Zon 4 Sibu serta 21 penduduk kampung.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha