ARTIKEL

Remaja hilang dipercayai dibaham buaya di Tanjung Manis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dipercayai disambar buaya ketika mencari siput di Sungai Tanjung Manis di sini, hari ini.

Mangsa Ricky Ganya, 14, dari Rumah Dadat, Tanjung Manis dikatakan mencari siput bersama ibu saudaranya ketika kejadian itu berlaku.

Pusat Operasi Gerakan Bomba Sarawak berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan 11.28 pagi.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO Sarawak) menerima panggilan kecemasan dari pemanggil melalui MERS 999 dan mengarahkan keluaran Tanjung Manis ke lokasi.

“Selain ibu saudara, mangsa turut ditemani dua rakannya. Menurut laporan, mereka ternampak seekor buaya menarik mangsa ke dalam air,” katanya dalam satu kenyataan.

Kejadian ini merupakan yang kedua selepas seorang lelaki hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Seduku berdekatan Rumah Panjang Tuntun, Sri Aman, dua hari lalu.

Mangsa semasa kejadian dikatakan bersama seorang rakannya sedang membersihkan perahu yang digunakan mereka menangkap ikan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha