ARTIKEL

SAR… Operasi SAR ditangguhkan dan dimulakan semula esok.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Lemujan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Lemujan, Jalan Wak Pakan di sini, hari ini.

Komander Operasi, PBK I Awang Busrah Awang Mostapa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.33 petang.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dikerah ke lokasi sejurus panggilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Awang, pasukan mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai ke lokasi kejadian.

Katanya, remaja terbabit yang dikenali sebagai Vincent Tiong Meng Wei dipercayai terjatuh ke dalam sungai pada 11 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dimulakan dengan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer (km) dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

“Bagaimanapun, setakat 5 petang tadi, mangsa masih belum dijumpai. Operasi ditangguhkan susulan keadaan mula gelap dan disambung esok ,” ujarnya.

SAR… Operasi SAR ditangguhkan dan dimulakan semula esok.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia