ARTIKEL

Remaja lemas mandi di tasik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun lemas selepas mandi dalam tasik bersama rakannya di PPR Bandar Ria Park, di Bintulu jam 5.49 petang tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, usaha pihaknya bersama hospital untuk mengembalikan denyutan nadi mangsa yang dikenal pasti sebagai Richmond Teo Yii Wen tidak berjaya.

“Mangsa mandi bersama-sama rakan-rakannya dalam tasik.

“Bagaimanapun, mangsa tidak timbul apabila rakan-rakannya naik ke atas,” katanya menerusi satu kenyataan.

Tambah Ling Hii, rakan-rakan mangsa cuba mencarinya namun gagal dan meminta pertolongan daripada penduduk setempat.

BERUSAHA … Kelihatan pasukan bomba berusaha menyelamatkan mangsa.

“Beberapa penduduk setempat menyelam mencari mangsa dan berjaya menemuinya serta dibawa ke tebing.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi selepas itu membuat bantuan pernafasan melalui mulut (CPR) namun tiada tanda-tanda mangsa bernafas,” jelasnya.

Katanya, pasukan ambulan hospital yang tiba juga berusaha melakukan CPR tetapi masih gagal.

“Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan ambulan.

“Mayat mangsa diserahkan ke pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Beliau turut berkata, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu dikerahkan ke lokasi kejadian.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.