ARTIKEL

Gambar kredit JBPM

Remaja melecur di kepala kebakaran rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Seorang remaja lelaki melecur tahap dua pada bahagian kepala dalam kebakaran membabitkan dua rumah teres satu tingkat dan sebuah tadika di Jalan Ledang Taman Johor di sini, malam tadi. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin Timbalan Penguasa Bomba I Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.25 malam sebelum 28 anggota dan jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 17 tahun sedang tidur, namun telah diselamatkan oleh orang awam. 

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati kebakaran melibatkan dua rumah teres satu tingkat yang masing-masing hampir musnah dan terbakar sedikit manakala tadika (musnah 30 peratus) selain empat motosikal turut terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Mangsa kemudiannya diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan lanjut,” katanya menambah punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operas ditamatkan sepenuhnya pada 10.46 malam tadi. 

— BERNAMA 

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha