ARTIKEL

Remaja perempuan didakwa bunuh bayi baru lahir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan membunuh bayi perempuannya yang baru lahir di sebuah bangunan pangsapuri, Jalan Bukit Mata, pada Januari lalu.

Dalam sebutan kes hari ini, tiada pengakuan direkodkan daripada remaja berkenaan dan Majistret Zaiton Anuar memerintahkan kes terbabit dipindahkan ke Mahkamah Tinggi namun tiada tarikh ditetapkan.

Sementara itu, reman tertuduh dilanjutkan sehingga tarikh baharu yang akan ditetapkan kelak.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan pembunuhan terhadap bayinya yang baru lahir kira-kira jam 9.15 malam, 13 Januari lalu.

Terdahulu, media melaporkan seorang bayi perempuan yang lahir cukup sifat ditemui di jalan berdekatan sebuah bangunan pangsapuri di Jalan Bukit Mata, 13 Januari lalu, oleh seorang pengawal keselamatan bertugas.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha