ARTIKEL

Gambar hisan | Freepik.com

Remaja rogol teman wanita bawah tangga diperintah ke Sekolah Hendry Gurney

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan ke Sekolah Hendry Gurney sehingga berusia 21 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merogol teman wanitanya yang berusia 12 tahun, Disember tahun lalu.

Terdahulu, remaja berusia 19 tahun itu membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja satu pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Afidah memerintahkan tertuduh dihantar ke Sekolah Hendry Gurney selepas pendengaran laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hari ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun 11 bulan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Menurut fakta kes, pengadu merupakan nenek mangsa diberitahu dia bahawa telah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya di bawah tangga di sebuah rumah flat, kira-kira jam 2.30 pagi, 10 Disember 2023.

Mangsa kemudian dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan pakar obstetrik dan ginekologi yang mengesahkan terdapat koyakan selaput pada kemaluan mangsa.

Baca lain  Kerajaan Sarawak bayar pampasan tanah lebih RM1.6 juta 

Laporan polis dibuat oleh pengadu untuk tindakan dan siasatan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa