ARTIKEL

Remaja spontan selamatkan budak jatuh dari tingkat dua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Feuzi Zabaat, 17, secara secara spontan menyambut Dora Muhammed, 2, ketika budak kecil itu tiba-tiba terjatuh dari tingkap di kediamannya yang setinggi dua tingkat.

Menurut Feuzi, dia berjalan di kawasan tersebut apabila terlihat kelibat Dora bergantung dari sebuah tingkap.

Saya terus mendekati tingkap itu dan apabila dia terjatuh saya sudah bersedia menyambutnya.

Rakaman dari CCTV di kawasan perumahan itu menunjukkan Feuzi menangkap Dora ketika budak itu terjatuh dari tingkap terbabit.

Ekoran tindakan pantas remaja itu, Dora juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Izzet Bayir, yang juga berada di situ ketika kejadian memberitahu dia melihat Feuzi mendongak ke atas tingkap menyebabkan dia turut melihat ke arah tingkap tersebut.

Dia melihat seorang budak kecil hampir-hampir jatuh dan apabila dia terjatuh, Feusi sudah bersedia untuk menyambutnya.

YouTube player

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU