ARTIKEL

Rentas negeri bermula Khamis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menetapkan empat hari bermula Khamis ini untuk perjalanan rentas negeri bagi membolehkan orang ramai yang terkandas bergerak semula ke kediaman masing-masing.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, bagi yang telah membuat permohonan menerusi aplikasi mudah alih Gerak Malaysia, tempoh empat hari itu telah ditetapkan mengikut jadual dan negeri.

“Pada pergerakan 7 Mei (Khamis) adalah bagi orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur.

Pergerakan 8 Mei (Jumaat) pula diperuntukkan untuk mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan menuju ke destinasi masing-masing terutamanya di Kuala Lumpur.

“Seterusnya, pada 9 Mei (Sabtu), pergerakan ditetapkan kepada mereka yang bergerak dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka serta Pahang dan tarikh 10 Mei (Ahad) bagi yang berada di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.

Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Al-Ishsal Ishak.

Huzir berkata, langkah itu diambil bagi mengelak orang ramai tiba di beberapa lokasi secara serentak dan mengelak kesesakan sepanjang tempoh itu.

Katanya, permohonan aplikasi berkenaan hanya tertakluk kepada orang ramai yang berada di semenanjung, sebaliknya bagi yang berada di Sabah dan Sarawak tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) negeri terbabit.

Pihaknya turut menasihatkan orang awam untuk melakukan pergerakan pada waktu malam bagi mengelak kesesakan selain mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Mengulas tentang aplikasi Gerak Malaysia, Huzir berkata, sejak 25 April sehingga 1 April, sebanyak 1.23 juta individu telah membuat memuat turun aplikasi berkenaan yang mana 503,276 daripadanya telah membuat permohonan.

“Orang ramai diminta untuk mengemaskini maklumat terkini dengan menaik taraf ke versi 2.0 bagi membolehkan pemantauan sepanjang perjalanan terbabit,” katanya.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha