Trending

Revolusi Rusia 1917

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BUKU ‘The Russian Revolutions of 1917’ oleh Leornado Schapario menceritakan kebangkitan fahaman komunisme yang pernah menghantui dunia ketika Perang Dingin.

Namun, tidak ramai mengetahui sejarah di sebalik ideologi komunisme yang pernah menjadi igauan ngeri itu.

Pada 1917, empayar Rusia di ambang keruntuhan selepas Revolusi Februari tercetus dan Maharaja Nicholas II terpaksa turun takhta.

Namun, pihak komunis dipimpin oleh Vladimir Lenin cuba menghasut rakyat Rusia agar bangkit melawan kerajaan sementara pimpinan Alexander Kerensky.

Pada Oktober 1917, Lenin dan pihak komunis berjaya merampas kuasa apabila sebahagian besar rakyat termasuk askar dan polis turut serta turun demonstrasi.

Buku ini juga menceritakan keadaan Rusia ketika revolusi tercetus dengan kerosakan harta benda awam serta puak penentang dibunuh oleh pihak komunis.

Kekejaman Komunis Bimbang dengan ancaman puak penentang, Lenin menubuhkan organisasi rahsia dinamakan ‘Cheka’.

Cheka ditubuh untuk mencari kumpulan nasionalis Rusia yang masih setia kepada Maharaja dan benci dengan komunisme.

Terdapat catatan mengatakan hampir ribuan malah jutaan nyawa terkorban termasuk kanak-kanak, orang tua, wanita dan paderi dibunuh oleh ejen Cheka.

Setelah itu, Rusia menyaksikan Perang Saudara antara puak Putih dengan puak Merah yang merebut kembali kekuasaan Rusia.

Beberapa wilayah Rusia seperti Ukraine, Kazakhstan dan Azerbaijan cuba melepaskan diri daripada kekuasaan Rusia dengan dakyah dan propaganda yang bertujuan merosakkan nilai murni masyarakat.

Komunisme juga menyebabkan rakyat terpaksa menderita akibat kezaliman di bawah kuku besi Joseph Stalin.

Dunia bukan seindah seperti yang kita sangkakan dan fahaman komunisme mahu mewujudkan dunia utopia hanya mimpi.

Buktinya, komunisme tidak mampu membela nasib kaum miskin, malah bertambah melarat berbanding pemerintahan monarki.

Kesimpulan, penulis buku itu cuba menyedarkan pembaca jangan mudah termakan dakyah menjanjikan bulan dan bintang padahal dunia tidak seindah seperti disangkakan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru