ARTIKEL

SHAROMIZA meraih pendapatan sebagai pemandu e-hailing Maxim di sekitar Limbang. Foto: GHAZALI BUJANG

Rezeki empat roda

ZAHID ZAKI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Tatkala ramai graduan muda masih tercari-cari hala tuju selepas menamatkan pengajian, seorang wanita muda tampil berani memilih jalan berbeza dalam mencorak masa depannya.

Sharomiza Abdul, 25, mengambil keputusan menjadi pemandu e-hailing Maxim sepenuh masa sambil menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian) secara jarak jauh, satu langkah yang dianggap luar kebiasaan bagi sesetengah graduan.

Dalam zaman yang penuh saingan untuk mendapatkan pekerjaan, beliau yang mesra disapa sebagai Sha menyatakan bahawa graduan perlu merebut peluang yang ada agar tidak terus menganggur sejurus tamat pengajian.

“Tidak dinafikan bahawa peluang pekerjaan agak luas, namun tidak semua mempunyai rezeki untuk bekerja dalam bidang yang dipelajari. Maka, kita perlu berani mencuba dan memanfaatkan apa sahaja peluang yang ada demi meneruskan kelangsungan hidup serta membina pengalaman,” katanya.

Berbekalkan sijil Diploma Pentadbiran Awam, beliau melihat pekerjaan ini bukan sekadar sebagai sumber pendapatan, namun juga platform untuk membina jati diri dan kemahiran berinteraksi dengan masyarakat.

Menurutnya, pengalaman berdepan dengan pelbagai jenis penumpang setiap hari membantu meningkatkan keyakinan diri serta keupayaan berkomunikasi dalam situasi berbeza.

“Saya tidak malu atau rasa rendah diri. Ini kerja halal dan saya bangga dapat berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak.

Dalam dunia yang masih dipengaruhi stereotaip jantina, kerjaya sebagai pemandu e-hailing sering dikaitkan dengan lelaki, terutamanya kerana melibatkan faktor keselamatan dan waktu kerja yang tidak menentu.

Tetapi bagi anak kepada anggota polis ini, persepsi tersebut perlu diubah kerana wanita juga mempunyai keupayaan dan keberanian untuk menceburi bidang kerja lapangan.

“Saya mahu buktikan bahawa wanita juga mampu. Kalau kita tahu jaga diri, rancang perjalanan dengan baik dan sentiasa berwaspada, tiada apa yang mustahil,” ujarnya.

Beliau turut menekankan kepentingan aspek keselamatan sebagai keutamaan sepanjang menjalankan tugas harian sebagai pemandu.

Antara langkah yang diamalkan termasuk berkongsi lokasi perjalanan secara langsung dengan ahli keluarga, mengelakkan mengambil penumpang di kawasan sunyi pada waktu tertentu serta sentiasa memastikan telefon bimbit berada dalam keadaan aktif.

“Selain, penggunaan ciri keselamatan dalam aplikasi e-hailing seperti butang kecemasan dan pengesahan identiti penumpang turut membantu meningkatkan rasa selamat ketika bekerja,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pekerjaan ini menawarkan pulangan yang agak lumayan jika dilakukan dengan strategi yang betul walaupun berdepan cabaran sedemikian.

Menurutnya, pendapatan boleh meningkat dengan ketara terutama pada waktu puncak, hujung minggu serta musim perayaan apabila permintaan terhadap perkhidmatan e-hailing melonjak.

“Ada masa saya boleh capai pendapatan harian yang memuaskan, lebih-lebih lagi kalau rajin dan tahu waktu yang sesuai untuk bekerja,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Hamzah cadang agensi khas urus projek RTP

KUCHING: Sebuah agensi khas dicadangkan bagi menyelaras pelaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk mempercepat penyiapan projek pembangunan dan memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat. Ahli

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan